ALOR SETAR - Masalah guru yang berduka lara untuk mengikut pasangan masing-masing akan diselesaikan secara berperingkat.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keutamaan akan diberikan kepada guru yang sudah lama berpisah dengan pasangan misalnya antara lima tahun dan ke atas.
“Saya simpati dengan nasib guru ini kerana ada yang lima tahun tidak tinggal sekali kecuali cuti sekolah sahaja. Misalnya seorang di Sarawak dan pasangannya di Kedah.
“Saya buat rumusan di kementerian dengan pegawai untuk lihat semula masalah suami isteri yang dah lama berpisah. Insya-ALLAH, sistem lama masih berjalan dan sistem baru diteruskan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan pakaian sekolah dan elaun kepada pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, di sini, hari ini.
Menurutnya, kelulusan pertukaran itu juga dibuat sebagai tanda kemanusiaan kementerian terhadap semua guru.
“Jadi, kita cari jalan supaya guru itu boleh balik. Tapi nak balik semua sekali gus tak mungkin. Kita buat setakat yang boleh dulu.
“Yang mana baru bertukar (berpisah) tunggu dulu. kita beri keutamaan kepada mereka yang lama berpisah,” katanya smbil berharap bersabar dan memahami situasi itu.
ADS HERE !!!